Saudara Zul Chelsea, sempat lagi melayan anak-anaknya. Abg Lan tgh menjamu selera setelah penat buat pemeriksaan khemah.
Tok Ketua aka Abg Shah, yg baru pulang dari kerja tetapi masih lagi sibuk dgn urusan kerja. Di atas sebab-sebab keselamatan, nombor pendaftaran kenderaan Tok Ketua digelapkan. Takut ramai peminat menyerbu Tok Ketua.
Chef-chef terpilih, telah memulakan tugas dalam penyediaan makanan, disamping tidak diabaikan anak-anak yg tumpang seronok apabila perjumpaan sebegini diadakan.
Takkan dah habis air tu kot....... saudara Azri sedang membuat food n beverage testing, sambil diperhatikan oleh Hisham (fireworks ada lbh ke???).
Saudara Zul kita rupanya boleh memasak, tapi agaknya tak berapa nak confident, Tok Ketua buat seliaan dari jauh.
Saudara Azri tgh buat persiapan bg hidangan makan tengahhari. Sambil makanan pagi pun dok ada lagiii......meriah.
Saudara Zaki kita, sedang bertungkus lumus dlm persediaan lemang. Rupanya dia master dlm buat lemang. Baru tau, expertise diaaa.......
Aksi pembuat lemang profesional yg sedang serius dgn daun pisang dan buluh lemang.
Saudara Helmi dan Salleh sedang menyediakan api untuk memasak lemang sambil diperhatikan oleh Chef Azrul. Masing-masing mencari tugasan bagi menjayakan "Lemang Nite". Tahniah.
Saudara Azri dan Helmi memastikan unggun api cukup untuk memasak lemang. Nak jaga api nie pun bukannya senang, silap-silap tak masak lemang. Tapi saudara Azri telah menuntut kepakaran membakar kat Australia baru-baru nie.......so takde masalah.
Memang tak sia-sia saudara Azri kita menuntut, suhu bahang api pun dipastikan consistent bagi persediaan membakar lemang. Kayu-kayu yg digunakan pun telah melepasi piawai ISO900X.
Buluh-buluh lemang yg telah diisi siap utk dibakar. Dibawah seliaan saudara Zaki.
Anak saudara Zaki pun tgh sibuk dok belajar kemahiran dlm penyediaan lemang. Saudara Salleh sedang memantau api dlm memastikan lemang masak sepenuhnya.
Cikgu Zali tgh dok perhatikan bagaimana saudara Salleh mempastikan api sentiasa dlm keadaan baik.
Pantauan api lemang oleh saudara Zaki dan Chef Azrul sambil diperhatikan oleh saudara Azri......aiseh pose tak photogenic laaa......tak pandai cameraman nihhhh......nampak cam Azri niee ada lebihan daging kat perut diaa......camera trickk nihhhh.
Pemantauan api lemang oleh pakar-pakar yg memang didatangkan khas.
Beginilah rupa lemang-lemang yg sedang dimasak. Memang lepas nih, Mawar12C boleh bukak kedai jual lemang.
Ahli-ahli Mawar17C sedang memerhatikan lemang-lemang yg disediakan sendiri dimasak. Jadi jugak planning nak bakar lemang nihhhh.......
Pakar lemang, sedang meninjau bara api lemang dlm keadaan yg memuaskan.
Saudara Zul sedang membuat food testing ke atas raja buah, sambil diselia oleh tauke durian. Tima kasih tauke.
Tok Ketua ckp dia memang pantang dgn durian niee......pantang jumpa.
Memang hao liao durian tuhhh............lain kali boleh beli lagi yeeee taukee......
Kaum wanita pun kusyuk dok pekena durian.
No comments:
Post a Comment