Monday, August 30, 2010

Deco Ambang Aidilfitri

Salam Mawar17C, bagi menyahut cabaran Persatuan Belia Mawar 2, jemaah 17C telah sebulat suara berhasrat menyertai pertandingan tersebut dengan menjayakan "Lampu Pelita Nite" yg boleh jemaah perhatikan lampu-lampu pelita dipacakkan sepanjang jalan Mawar 17C.

Acara tahunan ini, akan dinilai pada 05hb September 2010 selepas solat terawih. Penilaian akan difokuskan kepada:
  • keindahan dan kebersihan jalan
  • pencahayaan
  • daya kreativiti
  • sambutan dan penyertaan penduduk
Oleh itu, Tok Ketua amat berharap, Mawar17C bersama-sama menyemarakkan Ramadhan tahun ini disamping mengeratkan silaturrahim.

Kelihatan deretan lampu pelita yg dipacakkan dihadapan rumah Mawar17C, yg mengembalikan nostalgia suasana kampung.

Lampu pelita yg menghiasi jalan Mawar17C, tahniah semua kerana berjaya bersatu hati dalam menjayakan Deco Ambang Aidilfitri.

Deretan lampu pelita di sepanjang Jalan Mawar17C. Syabas buat semua.

No comments:

Post a Comment