Wednesday, November 3, 2010

Dinner at Bagan Lalang 25 Oct '10

Senandung Malam at Bagan Lalang
Antara menu-menu yang terhidang. Cukup menyelerakan, makanan laut yang 'fresh'.

Di antara ahli Mawar17C yang sudi meluangkan masa, makan bersama di Bagan Lalang. Bagi yang tak dapat hadir, diharap sudi-sudikanlah melihat galeri sahaja.

Brother kita yang tidak melepaskan peluang rancak menjamu selera. Orang cakap kalau makan ramai-ramai nie...seronok.....

Anak sapa nieee.........sompek laiee posingggg

Brother sorang nie walaupun bertiga aje....tapi sporting gak join d crowd

Bapa mithali tgh melayan anaknya...........

Kalau isteri makan, suami amik bau.............

Amboii....romantiknyaa....cam 10 tahun dulu....

Tambah nasi.....tambah nasi.......hidangan lauk pauk yang menyelerakan.......kalau tak caya....tanya org yg ada pada hari tersebut.....

Dok tgh practise nak basuh pinggan......sebab abah dia ckp, lepas makan jgn lupa cuci pinggan....

Isshhh....baguihh sungguh brader nihh.....siap tolong sendukkan nasiiii............tapi rasanya utk diri sendirii nihhh.....

Terima kasih pada semua yang sudi dtg, makan malam bersama Mawar17C beserta keluarga yg tercinta.........

Acara meratahhh segala udang,....sotong.....ayammm.....pepahat.....

Kelihatan susunan hidangan yg melimpah ruah............yg penting semuanya habisss.....tiada pembazirannn......

Terima Kasih yg tak terhingga kepada semua penduduk Mawar17C kerana sudi meluangkan masa yg berharga bg menjayakan makan malam bersama-sama di Bagan Lalang. Kepada yg tidak dpt hadir, semoga dpt bertemu pada lain program.........


Ada jeee aktiviti diaaa.............

Ada lagi video...akan tetapi mengambil masa terlalu lama utk upload, still photo pun nak kena crop dulu........... so harap dimaafkan di atas kelewatan upload gambo2 nie......

Pada sesiapa yg mempunyai koleksi gambo2 yg ingin diuploadkan didlm blog......sila email kepada: choi_ct@yahoo.com

Pusat Komuniti



Pusat Komuniti bagi Mawar17C. Perbincangan berkenaan isu semasa, makluman dan sebagainya dibentangkan dipusat ini.

Pusat Komuniti dari sudut yang lain.

Monday, August 30, 2010

Midnight Booth Sale Raya

Salam Mawar17C, pemberitahuan program komuniti oleh Persatuan Belia Mawar 2 seperti berikut:
  • MIDNIGHT BOOT SALE RAYA
  • 3 dan 4hb September 2010 (Jumaat dan Sabtu)
  • 10:00 malam sehingga 01:00 pagi
  • Dihadapan jalan utama Tmn Mawar 2
Bagi mendapatkan butiran lanjut bolehlah menghubungi AJK persatuan (Mahathir 019-3445508)

Deco Ambang Aidilfitri

Salam Mawar17C, bagi menyahut cabaran Persatuan Belia Mawar 2, jemaah 17C telah sebulat suara berhasrat menyertai pertandingan tersebut dengan menjayakan "Lampu Pelita Nite" yg boleh jemaah perhatikan lampu-lampu pelita dipacakkan sepanjang jalan Mawar 17C.

Acara tahunan ini, akan dinilai pada 05hb September 2010 selepas solat terawih. Penilaian akan difokuskan kepada:
  • keindahan dan kebersihan jalan
  • pencahayaan
  • daya kreativiti
  • sambutan dan penyertaan penduduk
Oleh itu, Tok Ketua amat berharap, Mawar17C bersama-sama menyemarakkan Ramadhan tahun ini disamping mengeratkan silaturrahim.

Kelihatan deretan lampu pelita yg dipacakkan dihadapan rumah Mawar17C, yg mengembalikan nostalgia suasana kampung.

Lampu pelita yg menghiasi jalan Mawar17C, tahniah semua kerana berjaya bersatu hati dalam menjayakan Deco Ambang Aidilfitri.

Deretan lampu pelita di sepanjang Jalan Mawar17C. Syabas buat semua.

Lemang Nite 06hb Ogos 2010

Tunggu kemunculan gambar-gambar pada malam "Lemang Nite" didalam masa terdekat. Oleh kerana gambar-gambar terpaksa disunting, koleksi gambar-gambar terpaksa dikumpulkan dan dinilai sebelum dipamerkan untuk tuntunan umum.

Post Lemang Nite 06hb Ogos 2010

Dipenghujung "Lemang Nite" para ahli berkumpul sambil membuat post-mortem tak rasmi.

Dgn pakaian seragam unik nie......boleh buat boria nihhhh.

Kaum wanita pun dok buat post-mortem jugak.........mungkin tgh memikirkan program-program akan dtg...........syabas buat semua....

Acara diakhir "Lemang Nite".......kita minummmm duluuuuu......tahniah Mawar17C

Pre Lemang Nite 06hb Ogos 2010

Persediaan awal "Lemang Nite". Penyediaan khemah-khemah dihadapan rumah Tok Ketua di atas persetujuan ramai. Kelihatan QC saudara Zul dan wakil jalan Abg Lan memeriksa ketahanan khemah-khemah.

Saudara Zul Chelsea, sempat lagi melayan anak-anaknya. Abg Lan tgh menjamu selera setelah penat buat pemeriksaan khemah.

Tok Ketua aka Abg Shah, yg baru pulang dari kerja tetapi masih lagi sibuk dgn urusan kerja. Di atas sebab-sebab keselamatan, nombor pendaftaran kenderaan Tok Ketua digelapkan. Takut ramai peminat menyerbu Tok Ketua.

Chef-chef terpilih, telah memulakan tugas dalam penyediaan makanan, disamping tidak diabaikan anak-anak yg tumpang seronok apabila perjumpaan sebegini diadakan.

Takkan dah habis air tu kot....... saudara Azri sedang membuat food n beverage testing, sambil diperhatikan oleh Hisham (fireworks ada lbh ke???).

Saudara Zul kita rupanya boleh memasak, tapi agaknya tak berapa nak confident, Tok Ketua buat seliaan dari jauh.

Saudara Azri tgh buat persiapan bg hidangan makan tengahhari. Sambil makanan pagi pun dok ada lagiii......meriah.

Saudara Zaki kita, sedang bertungkus lumus dlm persediaan lemang. Rupanya dia master dlm buat lemang. Baru tau, expertise diaaa.......

Aksi pembuat lemang profesional yg sedang serius dgn daun pisang dan buluh lemang.

Saudara Helmi dan Salleh sedang menyediakan api untuk memasak lemang sambil diperhatikan oleh Chef Azrul. Masing-masing mencari tugasan bagi menjayakan "Lemang Nite". Tahniah.

Saudara Azri dan Helmi memastikan unggun api cukup untuk memasak lemang. Nak jaga api nie pun bukannya senang, silap-silap tak masak lemang. Tapi saudara Azri telah menuntut kepakaran membakar kat Australia baru-baru nie.......so takde masalah.

Memang tak sia-sia saudara Azri kita menuntut, suhu bahang api pun dipastikan consistent bagi persediaan membakar lemang. Kayu-kayu yg digunakan pun telah melepasi piawai ISO900X.

Buluh-buluh lemang yg telah diisi siap utk dibakar. Dibawah seliaan saudara Zaki.

Anak saudara Zaki pun tgh sibuk dok belajar kemahiran dlm penyediaan lemang. Saudara Salleh sedang memantau api dlm memastikan lemang masak sepenuhnya.

Cikgu Zali tgh dok perhatikan bagaimana saudara Salleh mempastikan api sentiasa dlm keadaan baik.

Pantauan api lemang oleh saudara Zaki dan Chef Azrul sambil diperhatikan oleh saudara Azri......aiseh pose tak photogenic laaa......tak pandai cameraman nihhhh......nampak cam Azri niee ada lebihan daging kat perut diaa......camera trickk nihhhh.

Pemantauan api lemang oleh pakar-pakar yg memang didatangkan khas.

Beginilah rupa lemang-lemang yg sedang dimasak. Memang lepas nih, Mawar12C boleh bukak kedai jual lemang.

Ahli-ahli Mawar17C sedang memerhatikan lemang-lemang yg disediakan sendiri dimasak. Jadi jugak planning nak bakar lemang nihhhh.......

Pakar lemang, sedang meninjau bara api lemang dlm keadaan yg memuaskan.

Saudara Zul sedang membuat food testing ke atas raja buah, sambil diselia oleh tauke durian. Tima kasih tauke.

Tok Ketua ckp dia memang pantang dgn durian niee......pantang jumpa.

Memang hao liao durian tuhhh............lain kali boleh beli lagi yeeee taukee......

Kaum wanita pun kusyuk dok pekena durian.



Final Discussion on Lemang Nite

Perbincangan akhir oleh ahli-ahli berkenaan "Lemang Nite". Semua tauke-tauke tgh dok menghulur duit. Persediaan awal bagi pembelian barang mentah dan kelengkapan lain. Pembahagian tugasan kepada ahli oleh Tok Ketua. Perbincangan berlaku pada 04hb Ogos 2010, dipusat rasmi mesyuarat.