Assalam warga Mawar17C, didahulukan dgn terima kasih yg tidak terhingga buat semua yg terlibat samada secara langsung atau tidak, di dalam menjayakan Gotong Royong Mini sempena CNY 2015 pada 19Feb'15. Syabas diucapkan kepada semua yg sempat meluangkan masa, tenaga dan sebagainya dalam memperkasakan lagi siltaurrahim antara kita. Jika sambutan menggalakkan seperti yg kita sedia maklum, ada cadangan bagi mengadakan GRM ini di dalam 3 ke 4 kali setahun kekerapan. GRM ini akan menjadi program utama bagi Mawar17C.
Berikut adalah gambar-gambar yg sempat dirakamkan dalam program GRM pada kali ini:
Seawal jam 0700, warga Mawar17C sudah mempersiapkan sarapan pagi secara perbincangan di antara kaum wanita. Pihak lelaki pula mempersiapkan diri bagi melaksanakan membersihkan pokok-pokok dan semak samun di lereng bukit di antara Mawar17C dan juga Tmn Dahlia
Ketua Jalan Mawar17C membuat pantauan ke atas semak samun dan belukar yg akan dibersihkan, dikawasan utama iaitu Pondok Serbaguna Mawar17C.
Kepimpinan melalui tauladan, Ketua Jalan dan juga Tok Ketua menerajui acara panas badan
Jam 0800, sebahagian warga Mawar17C sedang bertungkus lumus membersihkan semak samun, sambil berperang dgn kerengga
Sarap dulu, sesambil membersihkan kawasan, wargar Mawar17C menjamu selera juadah yg disediakan oleh kaum wanita. Terima kasih kepada kaum wanita kita
Amik angin, sebelum sambung semula kerja-kerja pembersihan. Terima kasih Mawar17C di atas kerjasama yg diberikan dlm menjayakan GRM
Aksi berperang dgn kerengga yg memang banyak disamping pokok-pokok duri
Terima kasih kepada Prof Dr. Ahmad yg sudi turun padang dan juga meminjamkan 'chain saw' serta urusan tong ro-ro
Ujian teliti 'chain saw' sebelum kegunaan
Tong ro-ro yg disediakan oleh MPS, terima kasih Pengerusi PERTAMA
Anak-anak juga turut menyumbang tenaga dlm GRM. Memupuk nilai-nilai murni dalam usia muda, semoga kelak menjadi insan berguna pada Agama dan negara
Tong ro-ro kedua yg disediakan oleh MPS, walaupun tong yg dibawa hampir penuh, masih lagi membantu bagi membuang sampah semak samun
Makan tengahhari yg disediakan oleh kaum wanita Mawar17C. Pelbagai juadah disajikan. Memang membuka selera jika makan secara berkumpulan
Pembersihan kawasan longkang, anak-anak dah amik tender
Sokongan penuh dari anak-anak yg tak kenal erti penat
Patut pun rajin, ada upahnya. Bukan wang yg diterima jadi ukuran, tapi sebagai menghargai sumbangan dari mereka. Terima kasih Tok Ketua
Ingatkan makan dan minum hanya sampai tengahhari, rupa-rupanya sampai ke petang. Hi-tea katanya
Keep it up Mawar17C