Thursday, February 19, 2015

GRM on CNY 2015

Assalam warga Mawar17C, didahulukan dgn terima kasih yg tidak terhingga buat semua yg terlibat samada secara langsung atau tidak, di dalam menjayakan Gotong Royong Mini sempena CNY 2015 pada 19Feb'15. Syabas diucapkan kepada semua yg sempat meluangkan masa, tenaga dan sebagainya dalam memperkasakan lagi siltaurrahim antara kita. Jika sambutan menggalakkan seperti yg kita sedia maklum, ada cadangan bagi mengadakan GRM ini di dalam 3 ke 4 kali setahun kekerapan. GRM ini akan menjadi program utama bagi Mawar17C.

Berikut adalah gambar-gambar yg sempat dirakamkan dalam program GRM pada kali ini:

Seawal jam 0700, warga Mawar17C sudah mempersiapkan sarapan pagi secara perbincangan di antara kaum wanita. Pihak lelaki pula mempersiapkan diri bagi melaksanakan membersihkan pokok-pokok dan semak samun di lereng bukit di antara Mawar17C dan juga Tmn Dahlia
Ketua Jalan Mawar17C membuat pantauan ke atas semak samun dan belukar yg akan dibersihkan, dikawasan utama iaitu Pondok Serbaguna Mawar17C.
Kepimpinan melalui tauladan, Ketua Jalan dan juga Tok Ketua menerajui acara panas badan
Jam 0800, sebahagian warga Mawar17C sedang bertungkus lumus membersihkan semak samun, sambil berperang dgn kerengga
Sarap dulu, sesambil membersihkan kawasan, wargar Mawar17C menjamu selera juadah yg disediakan oleh kaum wanita. Terima kasih kepada kaum wanita kita


Amik angin, sebelum sambung semula kerja-kerja pembersihan. Terima kasih Mawar17C di atas kerjasama yg diberikan dlm menjayakan GRM
Aksi berperang dgn kerengga yg memang banyak disamping pokok-pokok duri




Terima kasih kepada Prof Dr. Ahmad yg sudi turun padang dan juga meminjamkan 'chain saw' serta urusan tong ro-ro
 Ujian teliti 'chain saw' sebelum kegunaan
Tong ro-ro yg disediakan oleh MPS, terima kasih Pengerusi PERTAMA
 Anak-anak juga turut menyumbang tenaga dlm GRM. Memupuk nilai-nilai murni dalam usia muda, semoga kelak menjadi insan berguna pada Agama dan negara
 Tong ro-ro kedua yg disediakan oleh MPS, walaupun tong yg dibawa hampir penuh, masih lagi membantu bagi membuang sampah semak samun
Makan tengahhari yg disediakan oleh kaum wanita Mawar17C. Pelbagai juadah disajikan. Memang membuka selera jika makan secara berkumpulan













Pembersihan kawasan longkang, anak-anak dah amik tender
  Sokongan penuh dari anak-anak yg tak kenal erti penat
Patut pun rajin, ada upahnya. Bukan wang yg diterima jadi ukuran, tapi sebagai menghargai sumbangan dari mereka. Terima kasih Tok Ketua
Ingatkan makan dan minum hanya sampai tengahhari, rupa-rupanya sampai ke petang. Hi-tea katanya

Keep it up Mawar17C

Tuesday, February 17, 2015

Gotong Royong Mini (GRM 2015)

Assalam Warga Mawar17C,

Sudah sekian lama kita tak dapat bersama-sama berkumpul bagi menjayakan aktiviti kumpulan. Oleh itu, amatlah dialu-alukan bagi Warga Mawar17C yang tidak kemana-mana meluangkan masa untuk menjayakan program GRM ini. Cadangan program seperti berikut:


Tentatif Program

Program: Gotong Royong Mini (GRM)
Lokasi: Pondok Serbaguna Mawar17C
Tarikh: 19Feb'15
Masa: 0730hrs - 1400hrs


0730-0830: Breakfast
0830: Taklimat Gotong Royong Mini (GRM)
0845: Bersih lorong belakang rumah, kawasan sasaran- longkang, laluan jalan kaki dan sekitarnya.
0945: Berkumpul dipondok serbaguna Mawar17C, merancang perlaksanaan GRM di kawasan utama iaitu kawasan lereng diantara Mawar17C dan Tmn Dahlia sambil 'Tea Break'
1000: Gerakan GRM, keutamaan disekitar kawasan Pondok Serbaguna Mawar17C sehingga lereng bukit
1300: Lunch
1400: Bersurai

Makanan dan minuman atas seliaan Wanita

Sunday, April 7, 2013

Gotong Royong - Janji 17C

Salam warga Mawar 17C, agak lama Mawar 17C kekurangan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bersama. Oleh yang demikian, Tok Ketua telah mengadakan Ad Hoc event pada 07hb April 2013. Gotong-royong yang bertumpu di Pondok Serbaguna 17C telah di adakan, yang bertujuan mengembalikan suasana harmoni di antara penduduk Tmn Mawar amnya dan penduduk Mawar 17C khususnya. Dengan ini, bagi pihak Tok Ketua, diucapkan berbanyak terima kasih di atas penyertaan warga 17C, keep it up. Berikut adalah sedikit sebanyak gambar-gambar yang sempat dirakamkan

Pondok Sebaguna 17C bersama warganya. Jamuan makan tak dilupakan, terima kasih kepada warga 17C yang tak pernah jemu menyediakan hidangan.

Perghh...macam peneroka lak rasanya, yang sorang tu dah punctured tuuu...tgh amik angin

Siapa yang tak kenal dgn brader nihhh Tok Ketua Bersama.....pakar dalam bakar-membakar.........kalau tak bakar tak sah

Sebahagian aksi warga 17C dengan kelengkapan...mcm nak pi perangg.....keselamatan diutamakan

Sorang lagi brader yg memang cukup diketahui ramai dikalangan warga 17C sedang beraksi........pergghh...memang hebat.....habis digondolkannya....

Setelah bertungkus-lumus menebas segala semak samun dipersekitaran Pondok Serbaguna 17C, basah baju tuuuu...buleh perahhh

Tok Ketua Bersama turun padang..........

Orang kuat 17C.....kuat sungguhh...sampai patah rod.....

Org kuat sedang beraksi....habis digondolkannya......

Tok Ketua..tak habis2 ngan akitivit bakarnyaa.....oleh krn tahun niee lum wat lagi aktiviti bakarnya....lepas gian ler niee

Keadaan Pondok Serbaguna 17C sebelum aktiviti yg penuh dgn semak samun tanpa dijaga (gambar yg ntah dr mana ntah, hanya hiasan)

Keadaan terkini Pondok Serbaguna 17C yg kemas dan sedia bg kegunaan warga 17C. Terima kasih yg tidak terhingga kepada warga 17C yg sudi meluangkan masa secara langsung atau tidak. Bagi yg tidak bersekempatan, tak apa lain aktiviti kita berjumpa utk mengeratkan sillaturahim antara kita.

Saturday, April 6, 2013

What Apps

Salam Mawar 17C, bagi kemudahan komunikasi antara jiran tetangga. Satu kumpulan (group) yg diberi nama Mawar17C telah dibuat menerusi aplikasi WhatsApp (mobile phone). Bagi sesiapa yg menukar nombor telefon sila update/kemaskini kepada tok ketua melalui sms, email atau sebagainya. Harap maklum

Saturday, January 28, 2012

Jamuan Pasca Tahun Baru 2012

Salam mawar17c, jamuan pasca tahun baru oleh mawar17c (even number) diterajui oleh bro Zaki, Fadzil, Chef Azrul dan juga rakan2. Koleksi gambar-gambar aktiviti

Terima kasih kerana jemputan bagi memeriahkan suasana